Networking.Fans

My Other Shops!

Thursday, May 19, 2011

.Menimba Ilmu.

Insyallah, moga dipermudahkan urusan untuk saya ke Majlis Ilmu Istimewa ini pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Amin....

Inilah kelebihan yang ada bersama WWN. Syukur...

Moga rezeki dan keyakinan pelanggan bertambah dan dapat membantu lebih ramai untuk hidup sihat dan cerga!



Monday, March 28, 2011

China & Vietnam : Kurang masalah OBESITI!



Diet mmg amat perlu bagi memastikan tubuh kita senantiasa sihat dan tidak obes. Tidak dinafikan, di China dan Vietnam, penduduknya memiliki berat badan ideal dan amat sukar mencari mereka yang mempunyai masalah berat badan. 


Mari kita kongsi artikel yang sha perolehi dari UTUSAN MALAYSIA. 


Mahu diet secara sihat? Mari cuba RxLite & Super RxLite formulasi Datuk Dr. NOordin Darus, pakar pemakanan dan juga cancer survival.


Hubungi sha untuk maklumat lanjut di 0135822505. Tak pun blh LIKE page sha di sebelah!


---------------------------------------------


Utusan Malaysia : ARKIB : 13/02/2011

Diet zaman batu?

DI zaman batu manusia kuat, tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak.



SEMASA berkunjung ke China dan Vietnam hati terdetik melihat rakyat di situ yang rata-rata mempunyai berat badan ideal. Mereka tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

Apabila berjumpa dengan beberapa doktor di kedua-dua negara, mereka mengesahkan kadar obesiti di sana sangat rendah.

Saya terpanggil untuk meneliti dengan lebih terperinci corak pemakanan yang diamalkan sehingga membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali.

Saya dan Dr. Muzvin yang mengendalikan klinik Isahak di kompleks PKNS Shah Alam terpanggil ke Vietnam sekali lagi dua minggu lalu. Kami membuat suatu eksperimen dengan mengambil makanan Vietnam selama beberapa hari. Kami ingin merasai sendiri budaya makan di sana agar dapat mengubah corak pemakanan ke arah yang lebih baik serta menghebahkan kepada keluarga dan para pembaca yang saya sayangi.

Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.

Selain sup, popia berintikan sayur-sayuran turut dihidangkan semasa sarapan. Sayur-sayuran itu dimakan mentah. Hidangan tengah hari juga merupakan sesuatu yang unik bagi kami. Menu di semua restorannya menawarkan sayur-sayuran jauh lebih banyak berbanding ikan, ayam dan daging. Kami menjeling beberapa wanita Vietnam yang sedang menikmati makanan tengah hari. Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam.

Di Vietnam kami tidak berjumpa keropok atau makanan segera yang berperisa. Di mana-mana rakyat mereka mengunyah buah-buahan segar atau jeruk buah-buahan. Mereka turut memakan umbut dan kacang namun kami tidak berjumpa kentang dan juga ubi keledek.

Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak. Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan.

Di dalam diet kita sehari harian, karbohidrat merupakan komponen terbesar. Di sebelah pagi kita dihidangkan dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang dan pelbagai jenis nasi, mi serta roti. Makanan berasaskan gandum mengandungi karbohidrat hampir seratus peratus.
Karbohidrat merupakan salah satu gizi makanan yang mustahak untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh kita. Dalam kesihatan moden, karbohidrat boleh dikategorikan sebagai karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik.

Secara asasnya, semua karbohidrat merupakan bahan berstruktur gula. Jenis karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan gula di dalamnya iaitu:



  • Monosakarida: 1 unit gula seperti glukosa dan fruktosa


  • Dissakarida: 2 unit gula seperti sukrosa dan laktosa


  • Oligosakarida dan polisakarida: Banyak unit gula seperti glikogen, kanji dan sellulosa

  • Secara umumnya, jenis jenis makanan yang mengandungi karbohidrat sihat adalah buah-buahan, kekacang, sayur sayuran.

    Buah-buahan

    Walaupun buah-buahan merupakan sumber karbohidrat yang sihat, namun begitu tidak semua buah-buahan adalah sama. Buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang rendah seperti nangka atau lemon adalah lebih baik berbanding buah yang mengandungi gula yang tinggi seperti mangga dan pisang.

    Buah buahan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat di dalam darah apabila dimakan. Keadaan ini akan merencat penghasilan hormon yang perlu untuk anti-penuaan dan kesihatan seperti kortisol , growth hormone, testosterone, estradiol, DHEA dan androstenedione.

    Peningkatan gula yang tinggi akan merangsang penghasilan hormon insulin di mana insulin akan menukar gula kepada lemak di dalam badan.

    Lemak yang dikandung badan akan digunakan semula sebagai tenaga. Proses penukaran lemak kepada tenaga berlaku di mitokondria iaitu kilang tenaga dalam badan. Bagi membolehkan proses ini berlaku, kita memerlukan sistem hormon yang baik. Hormon metabolik perlu berinteraksi dengan enzim bagi membolehkan protein menjana tenaga daripada lemak.
    Hormon adalah molekul aktif terbina daripada protein yang dikeluarkan oleh kilang-kilang hormon di seluruh tubuh kita. Otak kita mengeluarkan banyak jenis hormon yang mengawal metabolisme, pembesaran, daya ingatan dan jantung. Malah tidur juga dipengaruhi oleh hormon. Ini bermakna gejala insomnia juga disebabkan hormon yang tidak cukup.

    Masalah hormon tidak cukup menjadi persoalan yang amat menarik. Besar kemungkinan faktor makanan kita yang sering ditambah agen pengawet menyebabkan kerosakan pada sistem hormon kita.

    Kadar peningkatan gejala diabetes dan jantung membuktikan kepada kita bahawa kerosakan hormon merupakan fenomena moden yang perlu ditangani segera. Begitu juga peningkatan kadar obesiti yang merupakan masalah seluruh dunia. Mereka yang obes bukanlah seratus peratus disebabkan makan banyak. Masalah ini berpunca daripada kerosakan hormon dan menjadi kitaran obesiti yang menakutkan. Kita harus mengkaji amalan pemakanan di negara yang belum tercemar dengan budaya pemakanan dari barat. Kita harus mencontohi cara pemakanan yang sebegitu.

    Toksin di dalam karbohidrat merosakkan kesihatan kita sekali gus menjadikan kita lemah, lesu, cepat tua dan diserang pelbagai penyakit.

    Makanan yang terbaik adalah makanan yang tidak perlu dimasak lama. Tiada toksin di dalamnya yang perlu dibuang melalui pemanasan. Seandainya makanan itu perlu dimasak lama sebelum boleh dimakan itu bermakna makanan tersebut mempunyai toksin yang banyak. Kalau dimakan mentah akan memudarat dan mendatangkan penyakit. Saya memberi contoh kentang, nasi dan ubi yang tidak boleh dimakan mentah. Ikan dan daging lebih cepat masak berbanding nasi. Cuba anda fikirkan yang manakah yang lebih selamat dimakan. Di zaman batu (paleolithic) manusia sangat kuat tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak. Diet paleolithic menjadi satu isu yang menarik untuk dikaji.


    Tuesday, March 22, 2011

    Saiz badan jejas sperma : Utusan 20/02/11 [Kesihatan]

    Sha kongsikan informasi berguna buat kaum adam. Memiliki berat badan ideal bukan sahaja penting untuk kaum hawa, malah ianya penting untuk semua.

    Obesiti akan mengundang pelbagai masalah yang tidak pernah dijangkau fikiran. Renung-renungkan artikel di bawah untuk iktibar bersama.

    Jadi, apa tunggu lagi... Mulakan langkah dengan RxLite atau Super RxLite untuk hidupyang lebih SIHAT, CERIA + CERGAS!

    Percuma Rxcoffee untuk keahlian baru bersama ShaGroup dengan pembelian 2 kotak Rxlite / 1 kotak Super RxLite.
    Berminat? Hubungi sha di 013-582 2505 sekarang!
    -----------------------------------------------------------------------------

    Saiz badan jejas sperma

    TIDAK subur atau mati pucuk merupakan perkataan yang digeruni oleh kebanyakan pasangan suami isteri.Ia adalah satu keadaan yang menyukarkan pasangan suami isteri menimang cahaya mata.
    Adalah sukar untuk mengetahui punca utama yang menyebabkan peratusan ketidaksuburan di kalangan orang ramai.

    Faktor-faktor ketidaksuburan mungkin disebabkan oleh persekitaran, genetik atau hal berkaitan dengan tabiat hidup. Antara masalah paling ketara di kalangan suami isteri yang kurang subur adalah obesiti .
    Penyelidikan menunjukkan bahawa obesiti boleh mengurangkan sperma pada lelaki dan juga akan mengurangkan peratusan kejayaan dalam rawatan persenyawaan In-Vitro (IVF). Berat badan yang terlampau akan menjejaskan perembesan hormon dalam badan yang mana akan mengganggu fungsi reproduksi wanita dan lelaki.

    Lelaki yang mempunyai berat badan yang tinggi, dilaporkan mempunyai jumlah sperma yang kurang berbanding dengan lelaki yang mempunyai berat badan ideal.

    Bagi merungkai dilema lelaki obesiti dan hubungan seks, Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Thambi memberitahu, obesiti dan kesuburan memang saling berkaitan.

    Dalam hal ini, lelaki obesiti dilihat mempunyai kemampuan syahwat yang rendah.

    Menurut Dr. Ismail, golongan ini sering berasa letih dan saiz perut yang besar mengganggu keselesaan ketika melakukan hubungan seks.

    “Dalam hubungan seks, kemampuan seksual lelaki bersaiz besar sering menjadi persoalan. Kebiasaannya, kita sering mempertikaikan kesuburan wanita obes tetapi sebenarnya lelaki juga mengalami masalah yang sama. Ini kerana lelaki obes mempunyai sperma yang tidak aktif atau berkurangan,” ujarnya.

    Menjelaskan lebih lanjut mengenai masalah ini, sperma yang terletak di dalam kerandut di luar buah zakar sebenarnya tidak boleh berada pada suhu 35 darjah Celsius ke atas.

    Kebanyakan lelaki obes tidak menyedari, ketika mereka duduk, lemak pada bahagian perut akan bersentuh dengan kerandut zakar.

    Kerandut akan menjadi panas hingga menyebabkan sperma menjadi kurang atau tidak aktif.
    “Saya menasihatkan mereka supaya tidak memakai seluar atau pakaian ketat yang boleh menyebabkan suhu kerandut menjadi tinggi. Selain ubat subur, lelaki obes boleh menggunakan pek ais dan meletakkan di bahagian kerandut untuk menurunkan suhu. Ini boleh dilakukan ketika mereka duduk atau berehat. Selain itu, selepas setahun berkahwin dan mereka masih belum mempunyai zuriat, saya nasihatkan supaya segera berjumpa pakar sakit tuan. Melalui pemeriksaan tahap hormon dan sperma, kita boleh mengukur tahap sperma dan rawatan berikutnya boleh dilakukan,” ujarnya.

    Selain itu, orang yang obes itu juga dinasihatkan tidak merokok, menjauhi sauna atau jangan berendam dalam air panas. tambah Dr. Ismail, aktiviti-aktiviti ini boleh meningkat suhu kerandut tadi dan menjejaskan fungsi sperma.

    Laporoskopik Boleh Ubahsuai (LAGB)
    * Rawatan ini ialah sejenis lingkaran silikon lembut dengan belon elastik yang boleh menggelembung apabila disuntik mengikut keperluan individu.
    * Melalui kaedah ini perut tidak akan dibedah atau dirosakkan dengan stapel bahkan lingkaran boleh ditanggalkan dengan mudah tanpa merosakkan anatomi perut.
    * Kelebihan LAGB ialah sifatnya yang berbalik iaitu pengikat boleh dikeluarkan dan perut kembali kepada bentuk asal.
    * Ia selamat, berkesan dan mengekalkan pengurangan berat badan untuk jangka panjang.


    Pintasan Gastrik
    * Kaedah ini juga dikenali sebagai pintasan perut ialah kombinasi elemen sekatan dan tidak serap.
    * Sekatan dilakukan dengan membina kantung perut yang kecil bersama pengalir keluar yang halus supaya mempercepatkan rasa kenyang.
    * Penyerapan gizi makanan akan berkurangan melalui pintasan.
    * Pengurangan serapan makanan bergantung pada ukuran bahagian yang dipintas di saluran usus.
    Sleeve Gastrectomy (SG)
    * Ia merupakan bahagian yang terhad daripada teknik Biliopancreatic Diversion (BPD).
    * Secara teknikalnya, pembedahan ini boleh dilakukan dengan mudah dan pantas.
    * Ia juga mengurangkan risiko sindrom buang (dumping) dan usus tersumbat. Namun ia tidak bersifat berbalik dan kesan jangka panjangnya tidak diketahui.


    Friday, March 18, 2011

    Produk TERBARU dari WWN

    SUPER RXLITE ~ Keberkesanan BERGANDA




    Super Rxlite merupakan produk terbaru keluaran Worldwellness untuk melangsingkan badan. 
    Ia merupakan produk yang sesuai bagi individu yang masih mengalami masalah penurunan berat badan setelah mencuba RxLite biasa.  Ini kerana, ramuannya telah dipertingkatkan dan memberi keberkesanan berganda.
    Malah ia juga boleh diambil bersama RxLite. Contoh pengambilan, sarapan pagi mulakan dengan RxLite, semasa makan tengahari minum Super Rxlite dan malam minu, RxLite. Insyallah, keberkesananya amat menakjubkan serta menghasilkan kesan TERBAIK!

    Keistimewaan Super Rxlite
    Seperti dinyatakan, formula Super Rxlite telah dipertingkatkan dimana ia masih mengekalkan bahan aktif RxLite biasa dengan menggandakan (2X) formulanya!  Ia juga memiliki 2 bahan aktif baru, iaitu Jati Belanda dan Esktrak Hoodia. 
    Itulah yang menjadikannya SUPER RxLite! Lebih POWER dari RxLite biasa (^_^)

    Perbezaan Rxlite dan super Rxlite

    Percuma Rxcoffee untuk keahlian baru bersama ShaGroup dengan pembelian 2 kotak Rxlite.
    Berminat? Hubungi sha di 013-582 2505 sekarang!

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...